Dobi Layan Diri - PW Laundray AU3
Assalammualaikum w.b.t Apa khabar korang? Ada baik ke hari ini? Hari ini aku nak cerita pasal basuh baju. Aku tinggal sorang diri je. Bujang pula tu. Bila datang bab membasuh baju ni mahu tidak mahu memang kena buat sendiri lah. Aku menetap di flat PKNS kawasan AU3. Sepanjang hidup bujang, aku basuh baju sendiri. Buat sekian lamanya memang basuh sendiri. Sehingga lah kejadian mesin basuh baju aku rosak. Rosak sebab motor dan wayar dalam mesin basuh aku habis di gigit tikus. Ruang motor mesin basuh pun dah jadi perkampungan tikus-tikus juga. Ada terfikir nak beli mesin basuh baju baru. Tapi bila mengenangkan tikus jahat di kawasa flat tempat tinggal aku ni, ianya sangat membimbangkan. Macam mana pula kalau mesin basuh baru aku pula dijadikan tempat penginapan tikus-tikus liar pula? Tak kan asik nak beli mesin basuh je ka? Banyak la pula duit aku. Haha... Jadi, aku buat keputusan untuk hantar dobi. Aku memilih dobi layan diri. Mudah dan senang. Aku tak perlu t...