Dobi Layan Diri - PW Laundray AU3
Assalammualaikum w.b.t
Apa khabar korang? Ada baik ke hari ini? Hari ini aku nak cerita pasal basuh baju. Aku tinggal sorang diri je. Bujang pula tu. Bila datang bab membasuh baju ni mahu tidak mahu memang kena buat sendiri lah.
Aku menetap di flat PKNS kawasan AU3. Sepanjang hidup bujang, aku basuh baju sendiri. Buat sekian lamanya memang basuh sendiri. Sehingga lah kejadian mesin basuh baju aku rosak. Rosak sebab motor dan wayar dalam mesin basuh aku habis di gigit tikus. Ruang motor mesin basuh pun dah jadi perkampungan tikus-tikus juga.
Ada terfikir nak beli mesin basuh baju baru. Tapi bila mengenangkan tikus jahat di kawasa flat tempat tinggal aku ni, ianya sangat membimbangkan. Macam mana pula kalau mesin basuh baru aku pula dijadikan tempat penginapan tikus-tikus liar pula? Tak kan asik nak beli mesin basuh je ka? Banyak la pula duit aku. Haha...
Jadi, aku buat keputusan untuk hantar dobi. Aku memilih dobi layan diri. Mudah dan senang. Aku tak perlu tuggu lama kalau hantar pusat dobi biasa. Sebelum ini, aku basuh baju di Laudry Bar Setiawangsa. Tapi bukan pusat dobi tu yang aku nak cerita di sini. Aku nak cerita pasal pusat dobi PW Laundry AU3.
Pusat dobi ni baru ja beroperasi. Memang sangat dekat dengan Flat rumah aku. Sebelum ini aku berualng alik dari AU3 ke Setiawangsa untuk basuh baju. Walaupun jarak tidak jauh, tapi membazir minyak kereta juga lah. Dan kemudian, penghujung tahun 2017, pusat dobi PW Laundry ni mula beroperasi. Jarak dari rumah aku cuma 5 minit berjalan kaki. Dekat kan? 5 minit tau. Jimat minyak kereta. Haha...
PW Laundry ni agak murah sikit. Kurang RM1 daripada tempat aku biasa aku pergi tu. Cuma ada beberapa kekurangan lah. Boleh teruskan membaca, aku bagi tahu satu persatu.
![]() |
| Mesin Tukar Token |
![]() |
| Harga mengikut masa |
Seperti gambar di atas, harga untuk mencuci pakaian seperti yang ditawarkan mengikut masa. Jangan bimbang kalau takot tiada wang kecil. Korang boleh tukar wang kertas kepada token. Buat pengetahuan semua, kalau korang ada wang kecil RM0.50 (Syiling Baru) boleh terus gunakan mesin dobi. Tak perlu tukar pun boleh. Jadi, boleh kumpul duit syiling 50sen. Tapi macam aku, lebih selesa tukar token daripada wang kertas. Malas nak nak bawa duit syiling banyak2 dalam kocek.
Biasa nya, dobi layan diri ni kena tunggu hingga mesin siap mencuci. Untuk aku kill time, aku lepak di kedai mamak sebelah. Bagus kan? Dobi ni berhampiran kedai makan. Sangat bagus. Jadi tak ada la bosan menunggu. Aku biasanya akan keluar basuh baju waktu pagi. Tak ramai orang masa ni. Seawal 8 pagi aku dah turun basuh baju. Lepas tekan butang Start, aku terus pergi mamak Ameen Bistro sederet dengan kedai dobi tu. Sarapan pagi lah. Buat apa lagi. Kill Time dengan makan. Haha.. Kalau korang memilih untuk lepak dalam pusat dobi pun boleh. Mereka ada sediakan Free Wifi. Password ada tertera pada dinding premis.
![]() |
| 6 mesin mencuci. |
![]() |
| 6 mesin pengering. |
PW Laundry menyediakan 6 mesin membasuh dan 6 mesin pengering. Untuk mesin membasuh, korang boleh pilih ikot berat baju korang. Ada 4 mesin untuk 15kg dan 2 mesin 12kg. Cara untuk menggunakan kedua dua jenis mesin ini ada tertera pada dinding premis. Ikot sahaja langkah bergambar. Ianya sangan mudah.
![]() |
| Sabun serbuk diberikan percuma |
![]() |
| Meja tempat melipat baju. |
Pusat dobi layan diri ni, menyediakan sabun membasuh percuma dan juga kemudahan meja sebagai tempat melipat pakaian selepas korang habis mencuci.
![]() |
| Kawasan menunggu. |
Di ruangan menunggu ada beberapa bangku untuk korang duduk dengan selesa sambil ber-wifi.
Walau bagaimanapun, aku ada juga nak bagi sedikit maklum balas tentang berkenaan pusat dobi PW Laundray ni.
- Kemudahan percuma disalahgunakan. Sepatutnya ada bakul disediakan untuk kegunaan orang ramai. Sekiranya, kain sudah habis dibasuh atau dikeringkan, kita boleh alihkan dalam bakul yang disediakan untuk orang lain boleh gunakan mesin sekiranya tuan sebelumnya mengambil pakaian yang sudah selesai cuci atau kering. Entah bagaimana, pengguna mungkin terlupa atau buat buat lupa ambil bawa balik bakul tersebut. Sampai ke hari ini, tiada bakul baru disediakan.
- Ruang menunggu penuh dengan orang ramai bukam sebab untuk mengunnakan perhidmatan dobi. Tapi untuk surfing free wifi sahaja disana.
- Dobi macam hak milik sendiri. Ramai penguna sekitar mempunyai sikap tidak bertanggungjawab. Membiarkan baju yang sudah selesai dicuci atau dikeringkan berjam jam lamanya. Ia amat menyusahkan pengguna lain.
- Tiada pembasmi kuman dan pelembut pakaian. Cuma sabun serbuk biasa yang diberi percuma. Untuk kesini, aku lebih selesa bawa sabun sendiri. Biasalah, guna ramai orang. Kena juga berhati hati.
Baiklah kawan-kawan. Setakat ini saja ulusan aku buat kali ini. Jumpa korang lain kali untuk kisah yang lain.
Terima Kasih Kerana Membaca.







Ulasan
Catat Ulasan