Aku Balik Kampung - 26 Januari 2018

Assalammualaikum w.b.t



Setelah sekian lama terpendam blogger ni, entah kenapa secara tiba tiba boleh rajin pula nak ber-blogger semula. Tiada apa yang menarik pun. Cuma sekadar berkongsi cerita dan kemaskini info kehidupan. 

Tahun ini aku telah pun berusia 34 tahun. Badan pun dah makin tua. Tiada apa yang aku nak harapkan, melainkan dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Nikmat Allah s.w.t yang terbaik adalah kesihatan. Asalkan kita sihat, apa saja kita boleh lakukan. Aku doakan pembaca juga dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Insya Allah.

Kalau cerita mengenai tahun baru ni, untuk tahun 2018 ni, aku cuma mahu jadi terus maju, sihat dan diberkati Allah s.w.t. Tahun-tahun sebelum ini, aku tiada fokus sangat dengan azam. Tapi tahun ini kalau boleh, aku nak merealisasikan kehendak untuk memiliki rumah. Sudah bertahun menyewa, bila lagi nak bayar rumah sendiri kan? 

Alhamdullilah, Dadu telah pun dilemparkan, kini bermulalah untuk merealisasikan apa yang diharapkan. Moga segala urusan dipermudahkan. Insya Allah. Pembaca pun doakan aku tau.

Awal tahun 2018 kemarin, tiada kesempatan untuk balik jenguk mak di kampung. Jadi aku pilih untuk pulang ke kampung hujung bulan Januari 2018. Cuti tahunan pun dah diluluskan, langkah seribu lah aku mulakan. 

Bermula dari tanggal 26 Jan 2018 sampai lah 2 Februari 2018, 7 hari aku bercuti. Seronok balik kampung cuti lama lama ni. Macam mana tak seronok, aku ni tinggal jauh di Kuala Lumpur, sedangkan mak pula di Kota Tinggi, Johor, Tidaklah jauh sangat KL dengan JB. Tapi tak boleh nak balik selalu. Semua tu kos kan. Jadi memang plan, setiap kali balik kampung memang aku akan ambil cuti panjang. Baru lah terasa cuti tu. Kawan-kawan di office pun bukan main cemburu tau. Haha.

On the way balik kampung.

Aku ambil masa 5 hari duduk di kampung dan pulang ke Kuala Lumpur 2 hari awal. Kena la balik awal, sebab aku tak suka gopoh-gopoh untuk mula kerja semula. 2 Hari sebelum mula kerja, boleh la aku berkemas rumah aku ni. Rehat sepenuhnya baru lah Fresh untuk bekerja semula kan.

Kali ini, aku balik kampung, mak bercadang nak buat kenduri aruah abah. Kalau nak di ikutkan, 11 Feb 2018 ini, genap pemergian abah, Allahyarham Kusnun Bin Abdullah 8 tahun lalu. 27 Jan 2018 perkara berlaku. Bukan besar-besaran pun majlis nya. Cukup sekadar masak dirumah dan hantar ke masjid Felda Semenchu. Kali ini, buat tahlil ringkas selepas solat Asar. Para tetamu allah senang hati dapat makanan percuma. Mudah-mudahan kenyang dan insya allah sedap. Haha. Yang penting niat dan doa sampai. Al-Fatihah buat abah, Allahyarham Kusnun Bin Abdullah.

Aku masak Rendang Daging, antara menu kenduri tahlil.

Seterusnya, sebab rasa lama sangat tidak ke pantai, saja bawa mak ke Pantai Tanjung Balau. Awal pagi kami keluar rumah. Seawal 6.45am kami dah sampai di Pantai Tanjung Balau. Syok juga bersarapan pagi di tepi pantai ni. Menu masakan melayu, Nasi Lemak, Nasi Goreng, Sambal Tumis dan Ayam Goreng Rempah jadi santapan. Wah, banyak betul makanan. Jam 4 pagi tau kejut mak suruh masak. Nasib mak rajin nak masak kan. Anak dia yang bulat ni tahu order je. Haha. 

Selfi dengan mak aku lepas terjun dalam laut. Lencun basah. Habsah Bte Yusak.

Habiskan masa tepi laut dan semestinya mandi air laut lah. Jam 10.30 pagi kami gerak balik rumah. Cadangnya nak berehat saja lah dirumah. Tapi alang-alang dah keluar ni, kaki tu tertekan pedal minyak terus ke pasir gudang. Melawat abang di sana. Sampai petang la juga kemudian balik rumah mak semula.   


Masa ni kering lagi. Belum terjun dalam laut.

Taip banyak2 tak sangka dah masuk waktu Zohor. Sampai sini dulu. Insya Allah, kalau ada cerita lain aku tulis lagi dalam blog ni. 


Terima Kasih kerana Membaca


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dobi Layan Diri - PW Laundray AU3